Monday, 16 March 2015

Diari Terakhir ( Khairun Nisa ): Langkah Perjuangan , KRU Papar !

Diari Terakhir ( Khairun Nisa ): Langkah Perjuangan , KRU Papar !: Bismillah... Allahumma Solli Ala Muhammad. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan diri ini menyertai perjuang...

Wednesday, 1 October 2014

Menu Terbaik!

Mutiara kata daripada Insan-insan yang saya "hormati" . Yang paling saya suka baca hasil pena mereka. Antaranya DrMAZA & Sham Kamikaze.

..

Sunday, 14 September 2014

Cinta Pandangan Pertama : TG Nik AziZ.

Dua-dua tokoh yang 'menarik' hatiku! Tapi yg sebelah kiri lebih kuat tarikannya.

"Jatuh cinta pandangan pertama" pada tokoh sebelah kiri setelah melihat gambar Beliau di FB. Gambar yang menunjukkan "ketawadukkan" beliau. Rasanya masa tu thn 2011@2012. Kalau ikut buku Magnet Diri @amin_idris ,kesimpulannya "Punyalah KUAT pengaruh TGNA" ,mempengaruhi hanya dengan sekeping gambar yg menunjukkan keAkhalakkannya! Belum lagi mutiara kata dari TGNA! Belum lagi hasil pena TGNA!

Harap sangat ,suatu hari nanti Allah SWT izinkan diri ini bertemu dgn TGNA. Semoga Allah murahkn rezeki panjang umur kpd TGNA. Ust Nik Abduh, sudah! Dalam buku Magnet Diri Amin Idris,rasanya terdapat 3kali nama TGNA tercatat! Perasaan menbuak-buak nak pergi  Kelantan dan Terengganu! Harap sangat nanti selepas SPM, dapat sambung belajar kat Kelantan or Terengganu!

#BknTaasub #SygUlama

DrM! Ada beberapa aspek yg menyebabkan hati ini 'tertarik sedikit" terhadap DrM. 'Kebijaksanaan' beliau! 'Kelancangan beliau berkata-kata' !

Friday, 5 September 2014

Hadiah 2014! Karnival Hijrah D'KK (SABAH)


Alhamdulillah . Tahun ini karnival Hijrah berlangsung di Sabah. Kualiti gambar memang  low. Tak terfikir langsung Mahu share di blog. Tapi hari INI ada idea pula nak share di blog. Selalu tengok kat TV ja.

Fakhrul UNIC at Karnival Hijrah D'KK


Fadzli UNIC! Firs time jumpa kat sekolah tercinta,SMK Majakir. Beliau bagi motivasi kecemerlangan .Gambar INI diambil pada hari sabtu Dan ahad.

Ustaz Shahrul Faizie at Karnival Hijrah D'KK. Mutiara kata Ustaz lah juga paling manang bah. Dekat tandatangan dicatat jug a "Kami Dedah Demi Akidah!"  Sporting! Ringan tulang untuk nembantu saya dapatkan tandatangan Abg Wan Kamarudin n Kak Zoraya. Paling best,ustaz ringan mulut nak explain APA yg kak Zoraya tulis.


Bismillah...
Pesanan abang buat adik:
•Jadilah muslimah solehah
•Jaga aurat sebaiknya
•Hormati ibu & ayah
Belajar rajin-rajin & amalkan ilmu yang dimiliki



Muadz Zulkefly. "Berusahalah kerana 
Allah.Inilah Jalan kita" ...










Titisan mutiara kelihatan pada mata ahli panel. Terharu! Sedih! Gaza? Punyakah perasaan "sayangku" pada kalian? 

Ust Fadzli mengajukan soalan kepadaku sebelum aku menjawab soalannya . "Apa perasaan anda terhadap Gaza" (Agak macam beginilah soalannya) Jawab saya: bla.bla.bla. Ayat terakhirku "Tapi jika orang tak punya 'hati' , lihat darah-darah anak Gaza, mayat-mayat , Dia TAK KISAH PUN. TIADA PERASAAN ! BLER jaa.

"Siapakah pengacara rancangan Mentari Palestin?" 

Jom Tengok Mentari Palestin , setiap Isnin jam 9:00 malam. 














Gambar-gambar ni, diambil dari video. Kebanyakkan gambar Ust Syed ,bukan apa. "Menyesal" terhadap diri sendiri kerana "tidak mengambil peluang" untuk minta "something" daripada Ust Syed! Takda Usaha, Memang Tak Dapat! Malu konon? Ust Syed bukannya "Serius Tahap Gaban" seperti yang disangka. 
Sebelum Karnival Hijrah,satu video ceramah dari ust Syed , sya tak pernah tengok. Kenal Ust Syed dari FB. Mula-mula tak tahu yg Ust Syed ni USTAZ. Tapi memandangkan kadang kala ternampak post-post "hot"  dari  Ust Syed. "Hot"? ( Istilah yg sya guna. Post HOT inilah menyebabkan sya tahu yg Ust Syed ni Ust) Melalui post Ust Syed di FB, saya sangka Ust Syed Seorang yg Garang n Serius. Betulkah? Saya tak tahu lah jawapannya. Tapi , kalau ikut 'pengalaman' saya di Karnival Hijrah tempoh hari  , saya rasa sangkaan saya melesat. Ust ni macam peramah. Tak lah SERIUS sangat macam sangkaan saya.

" Malu itu mahkota wanita yg paling berharga"-> Intan permata yg saya dapat dari Ust Syed.
#SayaTakSempatTengokSolehahTVAH



Alhamdulillah...Alhamdulillah


Wednesday, 23 July 2014

Cikgu Z Sejarah & Ustaz Z Pai




Alhamdulillah.Allahumma solli ala Muhammad. Subhanallah.Allahuakbar. Allah masih memberi hamba kesempatan menulis warkah ini sebelum terlaksana "Diari Terakhir S. Hujan ... Pada malam Ramadhan ini ingin ku tulis mengenai dua orang insan yg bererti dalam hidup ini. My parents? Bukan. My parents masih disisi menemaiku. Dua insan ini cukup istimewa bagiku. Sepasang suami isteri yg telah bersusah payah menyebarkan ilmu yg mereka ada. Sungguh, diri ini merindui mereka.Rindu? Adakah masih ada rindu dalam diri ini? Entahlah.


Walaubagaimanapun, hati ini terkilan kerana tidak berpeluang berjumpa dengan mereka sebelum mereka berangkat ke Terengganu. :'( Tapi, Diri ini tetap Bersyukur kpd Allah mengizinkan saya menyimpan kenangan menjadi anak murid mereka. Kenangan yg masih tersimpan dalam kotak memori ini cuba ku rungkai semula. 2014! Pemergian mereka pulang ke tanah air mereka. Saat ketiadaan mereka itulah timbulnya rasa rindu dalam hati ini. 2014, tidak lagi kelibat mereka ku lihat. Motosikal Pak Ustaz tidak lagi kelihatan di tempat parkirnya. Kereta Cikgu Sejarah ghaib tak kelihatan. Cikgu Sejarah yg byk memberi input positif kepada saya.Kata2 beliau sebelum mengajar, sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya. Yang paling penting, beliaulah kurniaan Allah yang menyedarkan diri ini untuk berusaha mempelajari jawi.

Cgu Zaidah Bt Salleh. Itulah nama yg telah Allah takdirkan untuk menjadi guru Sejarahku selama 2 tahun. Cikgu yang meminjamkan buku beliau kepada aku.Buku seorang pelajar Muslimah yang  cemerlang di
Maahad Muhammadiyah.Semua orang tahu namanya kan.

 Di sini ingin ku catat beberapa perkara yang aku ingat tentang Cikgu Z.
Selain beliau yg menjadi asbab aku belajar tulisan jawi. Allah SWT juga telah beri kesempatan untuk beliau menjadi asbab dalam beberapa perkara.

- Beliau menyebabkan aku mencari tarikh lahirku dalam Tahun Hijrah.Kata-kata beliau pada waktu itu masih tersimpan dalam memoriku.

-Otakku mentafsir kata-kata beliau sebagai pembakar semangat untuk aku cemerlang pada masa hadapan! Selalu terselit "kata-kata semangat" semasa beliau mengajar sejarah. Bukan senang nak dapat kata-kata semangat dari Cikgu2.  Tahun ni, ada juga Cikgu yang sering bagi "kata-kata semangat" . Sebenarnya, "kata-kata semangat" ini bukan yg biasa2 Tapi Luar Biasa . Yang Biasa "Gud Luck" , yg Luar Biasa " Macam mana lah ----- nak maju ,kalau kamu belajar pun malas"  . "Nasihat, sindiran, kemarahan ... " Cikgu2 lah menjadi "Pembakar Semangat" .

-Ada satu hari tu,abg Fadzli UNIC datang p SMK Majakir untuk bagi Motivasi lah kan. Macam biasa , mesti Fadzli UNIC suruh pelajar p depan kan. Dan aku jadi orang kedua ke depan selepas Sahabat ku Eless aka Kameliah . Namun, sebelum aku ke depan , aku pandang ke belakang dan ternampak C. Z . Hampir aku tak jadi ke depan, gara2 ternampak cikgu Z. Malu konon. Aku tak tahu mengapa perasaan itu datang ketika melihat Cikgu Z. Aku tak mengerti perasaan itu!

-Pemergian Cikgu Z , mengajarku erti rindu pada seorang yang berjasa kpd kita. Mengajarku 'hargailah' makhluk2 Allah yg lain sebelum ianya terlambat.

-Pasal tulisan jawi. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat Allah hantarkan Cikgu Z. Time Tingkatan 1 , soalan yang ada tulisan jawi tu,kosong! Ditinggalkan! Tak berjawab langsung! Start, Cikgu Z  lontarkan soalan kepada saya. Daripada situ saya berusaha supaya tulis dalam jawi. Rasanya soalan tu berbunyi "Macam mana lah nak pandai jawi
, kalau tulis pun dalam rumi?" Masa tu , kalau tak silap , saya sedang buat nota PAI dalam rumi. Cikgu Z tengok-tengokkan kelas kami, memandangkan ustaz ada urusan. Awal tahun 2012, tak silap saya. Terima kasih cikgu.

Tak pandai tulisan jawi? Tak sekolah agama ? Sekolah agama tapi tahun 1,2 n 3 jak! Tapi pemalas!Dalam buku kehadiran memang terkenal nama saya sbb tak hadir! Selepas pindah rumah, tak sekolah agama dah. Kasian! Ish! Ish! Tak patut!     ....Menyesal tak sekolah agama memang ada.Menyesal sangat2. Benda dah jadi, terima ja lah. Ambil ibrah atas yg telah berlaku. Think Positive.

 Bersambung...

Friday, 10 January 2014

nasyid SAHABAT

Kesedihan menampar diri apabila teman lain mempunyai teman baik disisi...tapi diri semacam keseorangan,tanpa sahabat disisi... persoalan tiba2 menghujani diri 'adakah diri ini tidak mahu bersahabat?' "adakah diri ini malu/takut untuk bersahabt' 'adakah diri terlalu memilih sahabat' 'adakah  diri ini memang suka bersendirian' ' adakah diri ini tidak pandai bersahabat' 'atau diri ini ada sahabat tpi tak pandai menghargai sahabat'...
 hidup dalam usia remaja memang cukup mencabar... jika tersalah mengorak langkah?mari kita fikir masak2 apa yang terbaik n 'terbetul' untuuk diri...jika diri ini tersalah memilih jalan... pimpim diri  ini  kembali kepadaNya... ( insan yg sebenarnya mmg tak tahu erti pershabtan)

lagu nasyid pasal sahaba:













Like