Alhamdulillah.Allahumma solli ala Muhammad. Subhanallah.Allahuakbar. Allah masih memberi hamba kesempatan menulis warkah ini sebelum terlaksana "Diari Terakhir S. Hujan ... Pada malam Ramadhan ini ingin ku tulis mengenai dua orang insan yg bererti dalam hidup ini. My parents? Bukan. My parents masih disisi menemaiku. Dua insan ini cukup istimewa bagiku. Sepasang suami isteri yg telah bersusah payah menyebarkan ilmu yg mereka ada. Sungguh, diri ini merindui mereka.Rindu? Adakah masih ada rindu dalam diri ini? Entahlah.
Walaubagaimanapun, hati ini terkilan kerana tidak berpeluang berjumpa dengan mereka sebelum mereka berangkat ke Terengganu. :'( Tapi, Diri ini tetap Bersyukur kpd Allah mengizinkan saya menyimpan kenangan menjadi anak murid mereka. Kenangan yg masih tersimpan dalam kotak memori ini cuba ku rungkai semula. 2014! Pemergian mereka pulang ke tanah air mereka. Saat ketiadaan mereka itulah timbulnya rasa rindu dalam hati ini. 2014, tidak lagi kelibat mereka ku lihat. Motosikal Pak Ustaz tidak lagi kelihatan di tempat parkirnya. Kereta Cikgu Sejarah ghaib tak kelihatan. Cikgu Sejarah yg byk memberi input positif kepada saya.Kata2 beliau sebelum mengajar, sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya. Yang paling penting, beliaulah kurniaan Allah yang menyedarkan diri ini untuk berusaha mempelajari jawi.
Cgu Zaidah Bt Salleh. Itulah nama yg telah Allah takdirkan untuk menjadi guru Sejarahku selama 2 tahun. Cikgu yang meminjamkan buku beliau kepada aku.Buku seorang pelajar Muslimah yang cemerlang di
Maahad Muhammadiyah.Semua orang tahu namanya kan.
Di sini ingin ku catat beberapa perkara yang aku ingat tentang Cikgu Z.
Selain beliau yg menjadi asbab aku belajar tulisan jawi. Allah SWT juga telah beri kesempatan untuk beliau menjadi asbab dalam beberapa perkara.
- Beliau menyebabkan aku mencari tarikh lahirku dalam Tahun Hijrah.Kata-kata beliau pada waktu itu masih tersimpan dalam memoriku.
-Otakku mentafsir kata-kata beliau sebagai pembakar semangat untuk aku cemerlang pada masa hadapan! Selalu terselit "kata-kata semangat" semasa beliau mengajar sejarah. Bukan senang nak dapat kata-kata semangat dari Cikgu2. Tahun ni, ada juga Cikgu yang sering bagi "kata-kata semangat" . Sebenarnya, "kata-kata semangat" ini bukan yg biasa2 Tapi Luar Biasa . Yang Biasa "Gud Luck" , yg Luar Biasa " Macam mana lah ----- nak maju ,kalau kamu belajar pun malas" . "Nasihat, sindiran, kemarahan ... " Cikgu2 lah menjadi "Pembakar Semangat" .
-Ada satu hari tu,abg Fadzli UNIC datang p SMK Majakir untuk bagi Motivasi lah kan. Macam biasa , mesti Fadzli UNIC suruh pelajar p depan kan. Dan aku jadi orang kedua ke depan selepas Sahabat ku Eless aka Kameliah . Namun, sebelum aku ke depan , aku pandang ke belakang dan ternampak C. Z . Hampir aku tak jadi ke depan, gara2 ternampak cikgu Z. Malu konon. Aku tak tahu mengapa perasaan itu datang ketika melihat Cikgu Z. Aku tak mengerti perasaan itu!
-Pemergian Cikgu Z , mengajarku erti rindu pada seorang yang berjasa kpd kita. Mengajarku 'hargailah' makhluk2 Allah yg lain sebelum ianya terlambat.
-Pasal tulisan jawi. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat Allah hantarkan Cikgu Z. Time Tingkatan 1 , soalan yang ada tulisan jawi tu,kosong! Ditinggalkan! Tak berjawab langsung! Start, Cikgu Z lontarkan soalan kepada saya. Daripada situ saya berusaha supaya tulis dalam jawi. Rasanya soalan tu berbunyi "Macam mana lah nak pandai jawi
, kalau tulis pun dalam rumi?" Masa tu , kalau tak silap , saya sedang buat nota PAI dalam rumi. Cikgu Z tengok-tengokkan kelas kami, memandangkan ustaz ada urusan. Awal tahun 2012, tak silap saya. Terima kasih cikgu.
Tak pandai tulisan jawi? Tak sekolah agama ? Sekolah agama tapi tahun 1,2 n 3 jak! Tapi pemalas!Dalam buku kehadiran memang terkenal nama saya sbb tak hadir! Selepas pindah rumah, tak sekolah agama dah. Kasian! Ish! Ish! Tak patut! ....Menyesal tak sekolah agama memang ada.Menyesal sangat2. Benda dah jadi, terima ja lah. Ambil ibrah atas yg telah berlaku. Think Positive.
Bersambung...

No comments:
Post a Comment